Monday, October 5, 2009

Wacom Bamboo, Pen Tablet


Baru baru ni (errr tak la baru sangat..lama la gak...ahhh whatever la..) aku ada beli benda ni (Wacom Bamboo Fun). Uiii memang best...mula mula tragak la jugak, tapi bila aku study dari website dan
Youtube...fuhhh terus beli la... okay latety ni je aku baru nak menajamkan tahap penggunaan benda ni...





Antara fungsi yang menarik minat aku pada benda ni adalah:

  • Pressure sensor – Seperti pensil dan berus, anda boleh mengawal kadar penekanan. Kalau mahu garis tebal, tekan kuat sikit, begitulah sebaliknya.
  • Pemadam – Seperti pemadam di hujung pensil, anda bole terbalikkan dan padam
  • Tiada bateri – Hanya menggunakan USB
  • Left & Right click – Pena yang disediakan ada butang untuk ke dua-dua tersebut. Jadi anda tak perlulah guna tetikus (mouse) sekali sekala.
  • Zoom in dan out – Terdapat satu “toggle” untuk anda zoom in dan out.
  • 4 butang tambahan – Butang ini boleh diubah fungsi mengikut keselesaan sendiri. Saya sendiri telah mengubah menjadi “Undo”, “Redo”, “Desktop” dan “Save”. Dengan cara ini, saya dapat menyelamatkan beberapa saat untuk mengheret mouse ke atas untuk fungsi tersebut.
  • Semua software – Pada hari pertama pembelian, saya telah mencuba ke semua software, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Semua boleh dipakai.
Ini juga antara artwork aku setelah penggunaan Wacom Bamboo Fun ni....

No comments:

Post a Comment